Wednesday, 28 January 2015

Bagaimana Kelip-Kelip Mengeluarkan Cahaya?




Mengikut Teori Kawalan Oksigen, cahaya itu berkelip-kelip berdasarkan kawalan oksigen yang disalurkan kepada organ fotik serangga berkenaan, yang digunakan bagi tindak balas kimia itu. Tetapi berdasarkan Teori Pengaktifan Saraf pula, kelip-kelip mempunyai struktur kawalan saraf yang dinamakan ‘sel hujung trakea’.

Tuesday, 27 January 2015

Sharnaaz Ahmad Putus Cinta Dengan Anis Al-Idrus?




Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad mengakui bergaduh dengan Anis Al-Idrus berikutan ucapan tahniah yang disampaikan kepada bekas teman wanitanya, Shila Amzah, melalui satu tweet di Twitter.

QZ8501: Petugas Ditegur Tabur Serbuk Kopi Pada Mayat



Mayat apabila terbiar berhari-hari apatah lagi terendam dalam air masin sudah tentulah berbau busuk bukan kepalang.

Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir



Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung.

Sunday, 25 January 2015

Bila Pengemis Bertukar Jadi Bintang Bola Sepak




BINTANG bola terkenal, Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

Nur Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak?



Baru baru ini Komen Nur Fazura untuk persembahan Virus di MLM2014 dilihat sememangnya wajar kerana persembahan kumpulan tersebut amat tidak memberangsangkan. Virus mendapat 2 bintang kerana memberikan mutu persembahan yang hambar. Ketika memberi ulasan, Zizan memotong kata kata Fazura yang sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang dari penonton.  

Saturday, 17 January 2015

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai Punca Jalan Raya Sesak Teruk

SYDNEY – Kisah legenda popular tempatan pernah menceritakan suatu ketika dahulu dua ekor anjing bersaing dalam pertandingan berenang dan akhirnya seekor daripada mereka berjaya tiba awal di garisan penamat dengan penuh bergaya.

Manakala seekor anjing lagi yang kalah berasa amat marah kerana walaupun ia teruk berlatih setiap hari, namun lawannya yang langsung tidak pernah membuat apa-apa latihan itu pula menang dengan aksi bersahaja tanpa masalah besar.

Melihat anjing tersebut sedih kerana gagal dalam pertandingan renang itu, pesaingnya hanya mampu tersengih dan dengan rasa bangga menjelaskan ia memang dijangka mampu menang kerana ia secara kebetulan adalah seekor anjing laut!

Itu cerita anjing laut handal berenang tetapi lain pula berlaku apabila haiwan tersebut dilaporkan media Australia sebagai selamba baring berjemur di bahu jalan raya yang sibuk di negeri Tasmania, sebuah pulau besar di tenggara negara berkenaan.

Tindakan prihatin seorang pemandu kenderaan segera menghubungi pihak polis berjaya membawa haiwan tersebut yang masih leka ‘berkelah’ dan mengeringkan tubuhnya disinari sang suria akhirnya kembali ke tempat asal-usulnya iaitu di tepi laut.

BACA: Akibat Tekanan Cuaca Panas, Anjing Laut Rogol Penguin

Kejadian dilaporkan pukul 3.30 petang (1.30 petang waktu Malaysia) pada Jumaat apabila ramai pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka demi mengelak terlanggar mamalia itu dekat jalan tol East Tamar, Launceston di pulau itu.

Polis tempatan yang tiba kemudian membuat lencongan ke persimpangan Jalan Mowbray sementara menunggu petugas agensi taman negara Australia ‘memujuk’ anjing laut dewasa itu agar pulang ke habitat asal yang lebih dingin suasananya.

“Ada laporan mengatakan anjing laut ini luka di badan, namun selepas diperiksa pegawai hidupan liar, mereka mengesahkan mamalia itu tiada mengalami apa-apa kecederaan fizikal,” kata pegawai polis, Inspektor Michael Johnstone.

Beliau mendakwa, ini bukan kes kali pertama anjing laut ‘nakal’ berjemur di jalan raya bahkan pernah beberapa kali sekumpulan haiwan itu ‘berkelah’ santai di tepi laluan berkenaan sebelum diusir ke kawasan lebih selamat.

Launceston, bandar raya kedua terbesar di Tasmania selepas ibu negerinya, Hobart manakala pulau itu ke-26 terbesar di dunia dan menjadi pangkalan hadapan untuk misi penyelidikan saintifik ke benua Antartika yang terletak berjiran. – Agensi