Sunday 25 January 2015

Bila Pengemis Bertukar Jadi Bintang Bola Sepak




BINTANG bola terkenal, Cristiano Ronaldo sanggup menyamar sebagai pengemis semata-mata mahu memberikan kejutan buat peminat ciliknya.

Ronaldo memilih untuk menjadi seorang pengemis dan telah menyarungkan baju yang menampakkan dia sedikit berisi dan memakai jambang palsu serta berambut panjang.
Penampilan baru ini sudah pasti mengelirukan. 
Menurut laporan Mirror.UK, Kapten Portugal itu turut mempamerkan aksi bermain bola sebelum memberikan kejutan kepada seorang budak lelaki dengan memberikan sebiji bola yang ditandatanganinya.
Kehadiran Ronaldo disedari orang ramai apabila dia mula menanggalkan jambang dan juga rambut palsunya itu di hadapan peminat cilik tersebut.
Aksi Ronaldo itu dirakamkan oleh penyanyi terkenal Sepanyol, Juan Pena yang turut berada di tempat kejadian.
Peminat yang begitu gembira dengan kehadiran pemain bola sepak kesayangan mereka tidak melepaskan peluang bergambar dan Ronaldo juga dikatakan begitu sabar melayan karenah mereka.
Ronaldo atau lebih dikenali dengan panggilan CR7 sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan gemar memberikan kejutan kepada peminatnya. -astrogempak.com.my

0 comments :

Post a Comment