Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Tuesday, 27 January 2015

QZ8501: Petugas Ditegur Tabur Serbuk Kopi Pada Mayat



Mayat apabila terbiar berhari-hari apatah lagi terendam dalam air masin sudah tentulah berbau busuk bukan kepalang.

Saturday, 17 January 2015

Anjing Laut ‘Berkelah’ Santai Punca Jalan Raya Sesak Teruk

SYDNEY – Kisah legenda popular tempatan pernah menceritakan suatu ketika dahulu dua ekor anjing bersaing dalam pertandingan berenang dan akhirnya seekor daripada mereka berjaya tiba awal di garisan penamat dengan penuh bergaya.

Manakala seekor anjing lagi yang kalah berasa amat marah kerana walaupun ia teruk berlatih setiap hari, namun lawannya yang langsung tidak pernah membuat apa-apa latihan itu pula menang dengan aksi bersahaja tanpa masalah besar.

Melihat anjing tersebut sedih kerana gagal dalam pertandingan renang itu, pesaingnya hanya mampu tersengih dan dengan rasa bangga menjelaskan ia memang dijangka mampu menang kerana ia secara kebetulan adalah seekor anjing laut!

Itu cerita anjing laut handal berenang tetapi lain pula berlaku apabila haiwan tersebut dilaporkan media Australia sebagai selamba baring berjemur di bahu jalan raya yang sibuk di negeri Tasmania, sebuah pulau besar di tenggara negara berkenaan.

Tindakan prihatin seorang pemandu kenderaan segera menghubungi pihak polis berjaya membawa haiwan tersebut yang masih leka ‘berkelah’ dan mengeringkan tubuhnya disinari sang suria akhirnya kembali ke tempat asal-usulnya iaitu di tepi laut.

BACA: Akibat Tekanan Cuaca Panas, Anjing Laut Rogol Penguin

Kejadian dilaporkan pukul 3.30 petang (1.30 petang waktu Malaysia) pada Jumaat apabila ramai pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka demi mengelak terlanggar mamalia itu dekat jalan tol East Tamar, Launceston di pulau itu.

Polis tempatan yang tiba kemudian membuat lencongan ke persimpangan Jalan Mowbray sementara menunggu petugas agensi taman negara Australia ‘memujuk’ anjing laut dewasa itu agar pulang ke habitat asal yang lebih dingin suasananya.

“Ada laporan mengatakan anjing laut ini luka di badan, namun selepas diperiksa pegawai hidupan liar, mereka mengesahkan mamalia itu tiada mengalami apa-apa kecederaan fizikal,” kata pegawai polis, Inspektor Michael Johnstone.

Beliau mendakwa, ini bukan kes kali pertama anjing laut ‘nakal’ berjemur di jalan raya bahkan pernah beberapa kali sekumpulan haiwan itu ‘berkelah’ santai di tepi laluan berkenaan sebelum diusir ke kawasan lebih selamat.

Launceston, bandar raya kedua terbesar di Tasmania selepas ibu negerinya, Hobart manakala pulau itu ke-26 terbesar di dunia dan menjadi pangkalan hadapan untuk misi penyelidikan saintifik ke benua Antartika yang terletak berjiran. – Agensi

Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Lebih Cepat Jadi Tua

WASHINGTON – Wajib rasanya bagi seorang wanita untuk memiliki sepasang kasut tumit tinggi kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga membuat empunya badan berasa lebih percaya pada diri sendiri walaupun bertubuh rendah.

Namun, ramai mungkin tidak sedar risiko yang timbul akibat memakai kasut ini kerana jika tumit terlalu tinggi, si pemakai boleh berasa tidak selesa sehingga terjatuh ketika berjalan, menurut kajian terbaharu Universiti Stanford University, Amerika Syarikat.

Malah kajian itu menyatakan, kasut tumit tinggi boleh mempercepatkan penuaan hingga 20 tahun lebih awal apabila penyelidik menilai bagaimana seorang wanita dengan fizikal sihat berjalan sambil memakai kasut yang tinggi berbeza-beza.

Responden wanita terbabit diminta memakai kasut kasual atau sneakers yang rata, kasut bertumit tinggi 4 cm dan 8 cm selain diminta berjalan dengan serta tanpa mengenakan rompi seberat 20 peratus daripada keseluruhan berat badan mereka.

Penyelidik kemudian mengamati gerak tumit responden ketika mereka berjalan dan berdiri, maka hasil penemuan yang diterbitkan Journal of Orthopaedic Research ternyata cukup memeranjatkan ramai pihak khususnya golongan wanita.

Kumpulan saintis tulang itu mendakwa, pencinta kasut tumit super tinggi atau stiletto heels apabila memakai sepatu berkenaan, kedudukan tumit mereka boleh dengan mudahnya beralih hingga berubah bentuk apatah lagi ketika kaki menyentuh lantai.

Keadaan ini juga membuat lutut si pemakai menjadi tegang dan kaku, sehingga cara berjalan menjadi seperti warga emas atau macam mengalami penyakit tulang rapuh artritis dan lebih buruk apabila memiliki kelebihan berat badan.

Tubuh wanita itu lebih menekan sendi sekali gus lutut yang tegang dan kaku mewujudkan pelbagai masalah apabila berjalan, malah pemakaian kasut tumit tinggi dengan berat badan berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko ke atas tubuh.

Saintis bagaimanapun merumuskan, tidak ada masalah mengenakan kasut tumit tinggi untuk menghadiri acara formal tertentu tetapi adalah lebih baik jika tidak terlalu sering memakai kasut jenis ini dan diganti dengan kasut tapak lebih rata. – Agensi